Tuesday 27 September 2011

rindu




seri iskandar.


untuk tempat yang sentiasa buat kalian kelihatan garang kerana bahangnya. untuk tempat yang melihat kalian membesar dan ranum. tempat kalian menumpahkan air mata jantan. mungkin air mata perempuan melayu terakhir. tempat kalian bergaduh kerana perempuan, kerana jantan. tempat kalian mengenal mana saudara sedarah mana saudara dahaga darah.

dalam situasi rojak emosi aku mengenang bodoh kita. kemudian sambil menekan papan kekunci aku tersenyum dan buntu apa lagi yang kalian harus tahu. untuk yang lain tahu tentang seri iskandar ini.

untuk seri iskandar aku memohon maaf dan aku balas dengan ucapan terima kasih. sila pejam mata kalian dan ingat tentang kita. kalau pun aku tidak mengenal kalian dan kalian tidak mengenal aku, sila cuba juga.


untuk kalian yang lebih dari kawan atau sahabat                

atau apa sahaja bahasa untuk kawan.






















No comments:

Post a Comment