Wednesday 10 August 2011

petua-petua mak esah chapter 2

hi guys....chapter 2 pulak kali ni....
kali ni nk bagi petua2 untuk nmpak cntik....heheh



sape nak cantik macam fazura ni ikot la ek...
*sumpah saya sangn suka kt pompuan ni cuz dy sangat LAWA..!!

petua pertama :


PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, 



makcik : "sekius me,ini bukan kedut ok...ni kesan lipatan2 hidup makcik"


ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri.



muka model ini terlampau berseri sampai xnmpk lnsung muka dia...kuat sgt seri nya itu..



 Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya. 


ingat taw,...putih telur....bukan telur orang putih.....





ini telur bewarna putih..bukan telur orng putih...







petua kedua pula..




HILANGKAN PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. insyalah parut luka anda akan hilang.


*sekali lagi,putih telur digunakan......







petua ketiga  :




HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

*pesanan: lepas lumur minyak tanah tu,jauh kan diri anda dari perokok yea..kalau tak.....



merase la bila  xdgr cakap orng..degil..!




jijik pulak aku tgk nate ni...
petua keempat :


. MENCANTIKKAN BETIS

licin x?? boley buat main ice skateing

Setiap orang khususnya wanita,mesti inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.




ok la,itu saja kot untuk kali ni....saya nak kena siapkan 3d ni ha...kalau tak,mati nanti kne carot dengan boss....hahaha.....

bye......!



No comments:

Post a Comment